GANGGUAN ROHANI: PUNCA & CARA PENYEMBUHAN DENGAN TEKNIK 3B

π—šπ—”π—‘π—šπ—šπ—¨π—”π—‘ π—₯π—’π—›π—”π—‘π—œ : 𝗣𝗨𝗑𝗖𝗔 𝗗𝗔𝗑 𝗖𝗔π—₯𝗔 π—£π—˜π—‘π—¬π—˜π— π—•π—¨π—›π—”π—‘ π——π—˜π—‘π—šπ—”π—‘ π—§π—˜π—žπ—‘π—œπ—ž πŸ―π—•
…………………………………………………………………………
Perkataan asal `ROHANI’ daripada `ROH’ yang mana kewujudannya bukanlah dalam bentuk fizik. Ianya suatu tenaga ghaib yang memberi daya hidup kepada jasmani. Rohani bukan merujuk kepada 1 subjek tetapi ianya berkisar sekumpulan tenaga yang menghidupkan makhluk. Sekiranya rohani yakni `sekumpulan tenaga’ ini terganggu akibat adanya anasir tenaga negatif yang merosakkan seperti serangan entiti jahat seperti saka, hantu, khadam, sihir, santau dll yang menjadikan salur darah sebagai medium mereka merosakkan jasmani manusia, maka fisiologi dan psikologi manusia juga pasti turut terganggu. Sekiranya manusia membiarkan kelompok tenaga negatif tersebut menceroboh rohani manusia secara berterusan, tanpa sedar ianya perlahan-lahan mampu merosakkan jasmani manusia. Tidak hairanlah, hari demi hari semakin banyak penyakit baru dan yang pelik-pelik mulai timbul dalam masyarakat kebelakangan ini.
Masyarakat banyak dimomokkan dengan cerita-cerita karut bahawa gangguan makhluk halus seperti jin, saka, khadam ini boleh ditewaskan dengan cara membunuh dan disembelih malah ada kisah yang melihat rupa paras dan ‘bilangan ekor’ makhluk tersebut. Ianya tidak lain hanyalah halusinasi yang terhasil akibat daripada minda dan pancaindera yang telah dirasuk dan dikuasai oleh anasir tenaga negatif tersebut. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, rohani itu adalah sekumpulan tenaga, maka gangguan yang menceroboh, menyerang dan merosakkan lapisan rohani individu juga sudah tentulah berada dalam elemen yang sama. Jin, saka, khadam, sihir, santau dan apa sahaja gangguan rohani adalah termasuk dalam kelompok tenaga ghaib yang bersifat negatif yang merosakkan.
Tenaga negatif yang berkeadaan ghaib ini tidak memiliki sebarang bentuk dan rupa. Wujudnya adalah dalam keadaan yang bebas dan hanya memiliki sifat, corak aliran dan halatuju atau bertujuan yang tertentu. Daripada sudut konsep fizik keabadian tenaga, tenaga tidak boleh dimusnahkan sebaliknya hanya mampu berubah daripada suatu sifat lama kepada sifat yang baru. Justeru itu, kaedah rawatannya haruslah melalui fasa penyucian tenaga, daripada bersifat negatif merosakkan tersebut, agar dikembalikan kepada keadaan tenaga yang tidak bersifat (raw/pure energy). Maka dari kefahaman dan pengalaman beberapa tahun dalam mengolah tenaga rohani manusia, para pengamal kerohanian dan perawat HQ SPIRITUAL HEALING CENTRE telah mengaplikasikan kaedah penyembuhan diri melalui TEKNIK 3B.
.
π—§π—˜π—žπ—‘π—œπ—ž πŸ―π—• : π—•π—˜π—•π—”π—¦ – π—•π—”π—œπ—žπ—£π—¨π—Ÿπ—œπ—› – π—•π—œπ—‘π—”
Individu yang mendapatkan rawatan dan terapi kerohanian dari perawat-perawat HQ SPIRITUAL HEALING CENTRE akan melalui proses penyembuhan diri dengan *TEKNIK 3B* ini :
1. π—•π—˜π—•π—”π—¦ : π— π—˜π— π—•π—¨π—”π—‘π—š 𝗗𝗔𝗑 π— π—˜π— π—•π—˜π—•π—”π—¦π—žπ—”π—‘ π—¦π—˜π—šπ—”π—Ÿπ—” π—•π—˜π—Ÿπ—˜π—‘π—šπ—šπ—¨ π—•π—˜π—₯π—¦π—œπ—™π—”π—§ π—‘π—˜π—šπ—”π—§π—œπ—™
Penyembuhan diri fasa 1 berlaku apabila rohani pesakit mula bebas sedikit demi sedikit daripada segala tenaga bersifat negatif yang menekan dan merosakkan rohani dan jasmani pesakit seperti sihir, santau, saka, gangguan jin, khadam dan seumpamanya. Semua unsur tenaga negatif tersebut kemudiannya dikembalikan semula kepada Maha Pencipta agar menjadi tenaga tidak bersifat (neutral).
2. π—•π—”π—œπ—žπ—£π—¨π—Ÿπ—œπ—› : π— π—˜π— π—•π—”π—žπ—£π—¨π—Ÿπ—œπ—› & π— π—˜π—‘π—¬π—˜π— π—•π—¨π—›π—žπ—”π—‘ π—žπ—˜π—•π—’π—–π—’π—₯𝗔𝗑 π—₯π—’π—›π—”π—‘π—œ
Fasa ini pesakit boleh merasai kesan kesembuhan berperingkat pada rohani dan jasmani melalui rawatan membaikpulih rohani yang bocor dan tidak stabil akibat kesan serangan tenaga bersifat negatif yang merosakkan yang pernah berlaku.
3. π—•π—œπ—‘π—” : π— π—˜π— π—•π—œπ—‘π—” & π— π—˜π— π—£π—˜π—₯π—žπ—¨π—”π—§π—žπ—”π—‘ π—•π—˜π—‘π—§π—˜π—‘π—š π—£π—˜π—₯𝗧𝗔𝗛𝗔𝗑𝗔𝗑 π—₯π—’π—›π—”π—‘π—œ
Struktur rohani pesakit yang mudah bocor dan tidak kuat akan menyebabkan pesakit mengalami simptom penyakit yang berulang. Bagi mengatasi masalah ini, pesakit akan melalui fasa rawatan yang mana benteng pertahanan rohani pesakit diperkuatkan agar rohani pesakit tidak mudah diserang dan diceroboh kembali oleh unsur tenaga negatif dalam jangka masa tertentu.
Pengolahan tenaga rohani dengan Teknik 3B di atas telah banyak membantu individu-individu yang berikhtiar untuk bebas daripada penderitaan gangguan rohani dan isu penyusutan kesihatan jasmani. Bagi anda yang ingin berikhtiar dan bekerjasama dengan perawat kami dalam proses penyembuhan diri, boleh terus menghubungi para perawat HQ SPIRITUAL HEALING CENTRE untuk sebarang pertanyaan dan urusan temujanji rawatan berdepan atau rawatan jarak jauh.
” π‘©π’†π’“π’ˆπ’†π’“π’‚π’Œ π’Žπ’†π’π’–π’‹π’– π’Œπ’†π’‚π’“π’‚π’‰ π’Œπ’†π’‰π’‚π’“π’Žπ’π’π’Šπ’‚π’ π’Šπ’π’”π’‚π’ π’”π’†π’‹π’‚π’•π’Š “
HQ SPIRITUAL HEALING CENTRE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *