SIHIR: BAGAIMANA IANYA TERHASIL & TANDA TERKENA SIHIR

π—¦π—œπ—›π—œπ—₯ : π—•π—”π—šπ—”π—œπ— π—”π—‘π—” π—œπ—”π—‘π—¬π—” π—§π—˜π—₯π—›π—”π—¦π—œπ—Ÿ & 𝗧𝗔𝗑𝗗𝗔-𝗧𝗔𝗑𝗗𝗔 π—§π—˜π—₯π—žπ—˜π—‘π—” π—¦π—œπ—›π—œπ—₯

……………………………………………………………………………..

Amalan sihir dikalangan masyarakat moden hari ini masih lagi berlaku secara berleluasa meskipon kehidupan manusia semakin maju dan canggih. Walaupon ada yang menyangkal dakwaan wujudnya sihir menyihir sesama manusia, hakikatnya inilah realiti yang terjadi dalam masyarakat kita tanpa sedar. Ianya kerana manusia bukan sahaja wujud secara fizik (jasad) malah secara metafizik (rohani). Metafizik atau rohani manusia itu wujud dalam keadaan tenaga yang bersifat. Rohani adalah suatu daya tenaga yang berupaya bergerak dan bekerja mengikut keinginan dan kemahuan yang tercetus di fikiran, perasaan mahupon sekadar terpendam di minda separa sedar sahaja. Jadi sihir bukan semata-mata boleh berlaku melalui pengantaraan bomoh dan pengamal ilmu malah turut berlaku tanpa disedari oleh pelakunya sendiri.

π—•π—”π—šπ—”π—œπ— π—”π—‘π—” π—¦π—œπ—›π—œπ—₯ π—§π—˜π—₯π—›π—”π—¦π—œπ—Ÿ?

Sihir boleh terhasil dengan dua cara iaitu :
𝟏) 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐀 :
:
Sihir yang terjadi melalui pengantaraan bomoh dan pengamal ilmu samada bertujuan untuk mempengaruhi fikiran dan perasaan ataupon menyakiti mangsa sihir.
𝟐) 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐀 :

Sihir yang terjadi kesan daripada keinginan dan kemahuan buas yang terpendam di minda separa sedar seseorang. Sihir yang dikirim tanpa sengaja bersumberkan tenaga dalaman yang terbentuk daripada khadam ilmu @ saka keturunan yang diwarisi dari generasi ke generasi serta daripada sifat mazmumah pada rohani. Sihir ini juga dikenali sebagai SIHIR AL-β€˜AIN. Tenaga dalaman seseorang yang kuat tetapi diselaputi dengan sifat mazmumah serta kebuasan hawa nafsu tanpa sedar mampu menyerang, mempengaruhi serta menyakiti fikiran, perasaan dan menyebabkan penyusutan kesihatan rohani dan jasmani mangsa.

𝗧𝗔𝗑𝗗𝗔-𝗧𝗔𝗑𝗗𝗔 𝗨𝗠𝗨𝗠 π—§π—˜π—₯π—žπ—˜π—‘π—” π—¦π—œπ—›π—œπ—₯
1) Pening kepala yang berpanjangan terutama pada waktu senja.
2) Berasa sakit badan yang tidak di ketahui punca dari doktor
3) Perasaan bimbang, gelisah dan rasa takut tanpa punca.
4) Fikiran keliru dan sukar membuat keputusan dalam kehidupan seharian.
5) Sakit dada dan berdebar-debar resah menjelang senja.
6) Sakit di dalam perut bagaikan di pulas urat perut atau terasa bagaikan ada benda yang bergerak di dalam tubuh dan sering terasa bagai di tusuk di perut.
7) Mimpi yang pelik atau menakutkan.
8)Terlihat kelibat dan penampakan ghaib.
9) Terdengar suara dan bisikan aneh.
10) Berlaku perkara yang pelik di sekitar rumah umpamanya berbau kemenyan, hanyir, wangi dan sebagainya.
11) Pening atau malas ketika hendak atau semasa melakukan ibadah.
.
Sihir yang dihantar kepada mangsa samada secara sengaja mahupun secara tidak sengaja ini beroperasi melalui gelombang tenaga (secara rohani). Maka seseorang yang mengalami tanda-tanda terkena sihir secara berterusan boleh menyebabkan rohaninya rosak dan bocor. Rohani yang mula rosak ataupun mengalami kebocoran boleh menyebabkan daya berfikir dan perasaannya jadi lemah dan terganggu. Tanpa sedar mula memberi impak buruk pada kesihatan jasmani dan pengurusan hidup seharian mangsa mula tidak lancar dan bermasalah.
.
Sihir yang berlaku secara rohani (gelombang tenaga) dari bomoh, pengamal ilmu atau individu yang mempunyai hasad dengki, maka penyelesaiannya juga haruslah secara rohani. Individu yang terkena sihir perlulah mendapatkan khidmat perawat kerohanian yang berkebolehan membuang sihir dengan cara meleraikan dan mengembalikan tenaga gelombang sihir dari kerohanian mangsa serta mempunyai kemahiran dalam mengolah tenaga kerohanian diri bagi menyembuhkan rohani mangsa yang bocor dan lemah akibat serangan sihir tersebut.
.

Bagi anda yang ingin merawat penyakit rohani dan menaiktaraf kesihatan jasmani bolehlah mendapatkan khidmat rawatan dan bimbingan Perawat dan Pengamal Kerohanian yang berpengalaman di HQ Spiritual Healing Centre.

” π‘©π’†π’“π’ˆπ’†π’“π’‚π’Œ π’Žπ’†π’π’–π’‹π’– π’Œπ’†π’‚π’“π’‚π’‰ π’Œπ’†π’‰π’‚π’“π’Žπ’π’π’Šπ’‚π’ π’Šπ’π’”π’‚π’ π’”π’†π’‹π’‚π’•π’Š “
HQ SPIRITUAL HEALING CENTRE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *